Buat semua rakan2 guru dan bakal guru sekalian..
Setelah 3 tahun menjadi pendidik, kini aku sangat sedar akan tanggungjawab besar yang dipikul.
Kalau suatu ketika dulu aku hanya tahu memasang cita-cita menjadi pendidik, tapi kini segalanya nyata.
Hidup sebagai pendidik merubah hampir segalanya. Cara berfikir, cara bertindak, pergaulan, perbualan malah penampilan diri dan pelbagai lagi. Segalanya tanpa aku sedari. Pantas. Paling pasti, segalanya terjadi bagai magis. Tiada lagi rambut berceracak, tiada lagi percakapan yang sia-sia, jauh dari cara hidup tiada pedoman, terhindar dari unsur songsang dan hidup lebih bermatlamat, bermisi dan visi dan paling penting aku makin dekat dengan Pencipta...
Terima kasih, syukran...
